Sunday 4 December 2011

PENGAJARAN MAKRO KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5




Refleksi Pembelajaran Makropengajaran Kajian Tempatan Tahun Lima

Setelah 30 minit menjalani proses pembelajaran makro di dalam kelas tahun lima bagi matapelajaran Kajian Tempatan, terdapat pelbagai refleksi yang diperolehi daripada pembelajaran tersebut. Daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh rakan saya tentang sesi pengajaran yang telah disampaikan ialah, penggunaan bahan bantu mengajar, terutama bahagian persembahan gambar. Ianya lebih sesuai sekiranya gambar tersebut dipamerkan pada kertas mahjung di hadapan kelas. Persembahan gambar yang telah dibuat hanya melaui skrin komputer riba adalah kurang jelas dilihat oleh murid-murid yang duduk di bahagian tepi dan belakang. Oleh itu, saya perlu mengubah strategi ini agar ianya lebih berkesan. Penggunaan bahan bantu guru juga perlu dititikberatkan agar ianya dapat mencapai objektif pelajaran yang telah dilaksanakan.
Di samping itu, kawalan bilik darjah juga perlu diberikan perhatian, agar ianya lebih terkawal. Sebagai contoh, situasi seorang murid yang hampir terjatuh ketika sedang membaca petikan. Keadaan ini perlu diberikan perhatian, yang mana keselamatan pelajar perlu diberikan perhatian. Guru juga perlu memberikan bimbingan yang sepenuhnya kepada murid ketika membaca.
Secara keseluruhannya, objektif pelajaran pada hari tersebut tercapai, yang mana murid-murid dapat menjwab soalan pemahaman berpandukan bahan yang telah diedarkan. Penglibatan murid dalam perlaksanaan aktiviti pengajaran mikro ini agak aktif. Mereka dengan secara sukarela untuk tampil ke hadapan kelas dan memadankan kad perkataan pada maksud pada ayat yang ditulis. Penglibatan murid amatlah memberansangkan, mereka menampakkan minat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Di samping itu, saya akan mengubah segala teknik, pendekatan dan strategi pengajaran agar ianya lebih berkesan dan mampu mencapai objektif pelajaran dengan sepenuhnya.
Bagi strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah
berpusatkan bahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan,
saya menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk menggalakkan murid–murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti gambar yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan bertajukkan “Pelancongan Ke Pulau Langkawi” adalah persembahan gmbar-gambar Pulau Langkawi melalui komputer riba.
Saya akanmeminta para pelajar melakukan beberapa aktiviti seperti meminta murid - murid memerhatikan gambar dan memadankan maksud perkataan. Di samping itu, saya juga akan meminta murid-murid membaca petikan. Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Sebagai buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan – kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap sesuatu perkataan yang mereka sebutkan.
Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk “Pelancongan Ke Pulau Langkawi”. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya menunjukkan gambar tempat yang menarik kepada murid-murid sebagai persediaan untuk menjawab soalan pemahaman. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan oleh saya. Melalui aktiviti ini ia dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar. Manakala kaedah pembelajaran yang saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah Kaedah Natural. Kaedah ini merupakan asas penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan tradisional yang juga menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Di samping itu juga, saya menggunakan Kaedah Linguistik yang merupakan kaedah pengajaran bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid ini harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Pemilihan bunyi-bunyian pula dilakukan terhadap bunyi - bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa.
Darti segi teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah Teknik Drama yang merupakan satu cara untuk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran . Selain itu juga, saya menggunakan Teknik Latih Tubi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga,saya akan memberi kertas soalan kepada murid - murid dan meminta agar menjawab soalan – soalan yang saya berikan kepada mereka. Oleh itu, teknik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar dapat mengingat kembali fakta-fakta yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan menggunakan Teknik Bercerita yang merupakan jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Jadi, bercerita teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Dengan teknik ini, pelajar saya akan lebih menumpukan perhatian mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment