Saturday 3 December 2011

PENGAJARAN MIKRO BAHASA MELAYU TAHUN 4







REFLEKSI : 


1.0    Refleksi Pembelajaran Mikro Bagi Bahasa Melayu Tahun Empat

Pembelajaran mikro yang saya jalankan pada hari tersebut, adalah berfokus kepada kamahiran bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara   bertatasusila. Selama 10 minit saya menjalani pengajaran mikro bagi langkah satu, yang mana ianya berfokuskan kemahiran membaca. Pada langkah ini, saya mengarahkan murid untuk membaca petikan dialog di antara beberapa orang watak. Di akhir pembelajaran tersebut, ada segelintir daripada murid yang saya arahkan untuk membaca petikan dialog telah membaca dengan sebutan yang kurang jelas, sepertimana mengikuti kehendak kemahiran yang saya sampaikan pada hari tersebut.
Berdasarkan komen dan kesimpulan yang telah dibuat oleh rakan saya, terdapat isu atau masalah yang terdapat pada sesi pengajaran mikro tersebut. Beliau telah menyatakan bahawa bahan bantu mengajar yang telah digunakan oleh saya pada hari tesebut kurang memberansangkan, dan mempunyai kekurangan. Beliau turut mencadangkan agar petikan dialog tersebut, disediakan dengan menggunakan persembahan slide power point atau ditulis di atas kertas mahjung. Ini supaya,ianya dapat memberikan ransangan pada murid-murid lain, supaya mereka dapat melihat dan membaca petikan tersebut secara mekanis. Pengurusan kelas juga agak kurang di kawal dengan teliti. Keadaan bilik darjah yang lansung tidak mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Bagi mengatasi masalah ini, saya seharusnya bersedia dan perlu berhati - hati, khususnya tentang pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih bersesuaian. Selain daripada itu, saya juga perlu bertindak mengawal keadaan di dalam bilik darjah agar lebih terkawal dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, terutama dalam penglibatan murid secara menyeluruh. Di samping itu, saya juga akan bertindak untuk memperbaiki segala kelemahan den gan memilih pendekatan deduktif  yang merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan pemahaman serta satu proses penaakulan yang tinggi.        
Pendekatan deduktif yang saya gunakan ialah mengumpul artikel-artikel berkaitan dengan keluarga bahagia dan mengemukakan beberapa soalan. Proses yang saya lakukan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti. Saya menjalankan proses   pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh - contoh yang berkaitan dengan pengajaran ini. Contoh yang dikemukakan kepada pelajar haruslah sesuai kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Hal ini kerana pendekatan deduktif ini memerlukan pemahaman yang tinggi untuk murid-murid fahami.Demikianlah refleksi saya mengenai kekuatan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) makro yang saya hasilkan.




No comments:

Post a Comment