Saturday 3 December 2011

PENGENALAN

Salam perkenalan...


  • Mata Pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran teras dan wajib lulus bagi para pelajar. Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki erti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut :

a. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan;
b. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lain;
c. satu kesatuan sistem makna dan satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan makna;
d. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat, dan lain lain);
e. satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik.
Sememangnya, bahasa erat kaitannya dengan kondisi pada manusia, dinyatakan bahawa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa. Menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman

  • Mata pelajaran Kajian Tempatan pul adalah sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Aspek Kajian Tempatan ini memberi perhatian kepada pengkajian sesuatu tempat atau kawasan sebagai satu unit yang lebih kecil daripada negeri. Tegasnya Kajian Tempatan bersifat mikro tentang hal-hal yang bersangkutan dengan keadaan setempat dan dijalankan dalam bentuk projek.

No comments:

Post a Comment